Thursday, 2 August 2012

:::::mengapa kite perlu kahwin muda::::::::

kahwin awal memang banyak manfaat nya:-

yang pertama ia merupakan tuntutan agama....agama Islam galakkan kita untuk cepat2kan perkahwinan jika dah cukup syarat-syarat zahir dan batin.Kahwin juga merupakan amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi ini..dan dapat mengelakkan gejala sosial yang berleluasa seperti pergaulan lelaki perempuan dengan bebas tanpa batasan bukan mahram..Tapi yang paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila adanya anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita di alam kubur kelak...banyak kelebihan yang dapat kita nikmati jika kahwin muda antaranya ialah:-

  1. bila saat akad nikah~dapat pahal taw
  2. suami peluk isteri~dapat pahala jugak
  3. cium isteri~dapat pahala
  4. renung isteri~dapat pahala
  5. suami bekerja untuk cari rezeki yang halal untuk istri~PAHALA!
  6. suami bernafsu tgok istert~PAHALA!
  7. suami pegang isteri~pom PAHALA!
  8. suami marah isteri(teguran)~PAHALA!
  9. suami imamkan isteri~BERLIPATKALI DARAB TAMBAH kuasa DUA PAHALA!!
  10. suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
  11. suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mate pom kiter leyh dapat pahala  taw!!!ALLAHURABBI...seronoknya..sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG!!!

kedua,kiter perlu kahwin awal/muda bagi mengelakkan diri dari perbuatan zina yang boleh mendatangkan kemungkaran ALLAH S.W.T. iman kita xlah tebal mane mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal 18 tahun lagi..jika ikutkan ideologi kolot dimana seseorang remaja itu dapat berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkanlah derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu...kita dapat lihat, anak muda sekarang berpegangan tangan tanpe segan silu ,menonton wyang midnight, keluar berdua-duaan tanpe ditemani parents boleh mendatangkan kemudaratan, bukankah perkara sedemikian dapat membangkitkan nafsu mereka dan membawa kepada zina...?? so, pendapat tentang menyegerakan akad nikah bersesuaian agar tidak terus terlanjur...Ia juga dapat mengelakkan hubungan kuar nikah, kes kahwin lari dan isu pembuangan bayi juga boleh kite atasi.

jangan tunggu lama-lama!!!
pasti ada dalam kalangan kamu yang sudah ader kekasih kan..? jika betul korang sayangkannya dan mahu berkongsi hidup dengannya, mengapa harus tunggu lagi??Ingt, sekarang ni ramai lelaki hidung belang...anytime jer bunga korang boleh dirayu  oleh sang kumbang sial...jika terjadilahhh...mke gigit jari sajalah korang...so, bile dh berkenan,,,tunggu aper lagi...hantarlah rombongan meminang...

selain itu, dapat menangkan jiwa...
jika bertanya kepada yang sudah beristeri/bersuami, mereka pasti akan menyatakan betapa seronoknya alam perkahwinan. ketenangan yang diperolehi sukar digambarkan...ketika kiter sedang pening memikirkan asssignment yang melambung2, kite ader seorang peneman yang dapat mengubati hati kite dan bersedia menjadi tempat kite bergantung, menjadi teman untuk kiter meluahkan isi hati, teman untuk berbual-bual di kala suka atau duka...

menjadikan diri lebih bertanggungjawab~~jika selama ni hanya ada ibu bapa, kini sudah menjadi isteri kepada insan bernama suami..justeru tanggungjawab yang bkal kiter galas amatlah berat...lagi berat tanggungjawab yang digalas oleh EN.suami....jika selama ini belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan bersemangat disebabkan mempunyai tanggungjawab menyara keluarga tercinta...
jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Sunday, 22 July 2012

kisah iblis bertemu Rasulullah s.a.w!!!!!

Assalamualaikum..


hari ni ana mahu berkongsi tentang satu kisah dari zaman Rasulullah s.a.w.
jom renung2kan ape maksud mendalam yang nk disampaikan dari kisah ini....


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Friday, 20 July 2012

marhaban ya Ramadhan!!!

Assalamualaikum semue!!!!
lame btol ana xupdate blog ni...al-maklumlah kan asyik bz jer memanjang(nga lab report)...
biaselar kan dh nme pom student...mesti lar bijak spend time die kan..tapi bg ana sebaliknyer taw...sebab ana selalu buat last minute..pastu start lar kelam-kabut...Hiihihi...
Ha kawan2 sume, sedar2 esop kiter dh nk start puase kan....Rindunya saat first puase dengan family...tapi thun ni ana xdpt nk smbt puase bersame2x...rindunyaaaa.....(mood sedih sgt2x taw..)tapi ana bersyukur sgt2 sebab Allah masih beri kesempatan kat kiter sume untuk menunaikan rukun Islam yang ke-4 ini.
"""AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN"""
puase jgn xpuase plak k kawan2x.....WAJIB tu taw saudara2x....jom same2x kiter memperbaiki dan
 bermuhasabah diri...
:::::::::::::SELAMAT DATANG RAMADHAN:::::::::::::::::




ni niat puase taw...!!!!
semue ilmu datangnya dari ALLAH..
kiter same2 kongsi k....


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Saturday, 24 March 2012

:::suatu yg lepas jgn dikenang:::

assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, syukur ke hadratMu yaALLAH..
ha ari ni ana nk share something nga anta sume taw.
ana xsempat nk update blog..maklumlar student ni bz ckit akhir2 ni...
ari ni ana ader paper tuk final..this is second last paper..hihihi (uik2 nk speaking london plak ana ni)
xpe2 kiter same2 improve lar ckit2....paper tadi tu erm alhamdulillah dapat jugak ana abiskan selama 3 jam ana duk lam dewan peperiksaan tu...
yaAllah permudahkanlah urusan hambaMu ini...ana hanya mampu bertawakkal dengan aper yg ana buat tadi...
sesungguhnya hanya Allah jer yg mengtahui isi hati ana...
someOne gtaw kat ana, kalau dah lepas toksah lah nk dikenang ag...
skang fokus dekat paper lain....
die ckap"yg penting kite dah usahakan,so skang kite tawakkal jer k..xmo stress2x,Allah akan sentiase bersame kiter..."
Thank you sebab anta sudi bg kate2 semangat tuk ana..
iyap betol kate anta, Allah akan sentiase bersame hambaNya yg sentiase ingat n beribadah kepadaNya..
ana akan berusaha and study betol2 kerana Allah..
...yang penting niat kiter perlu betol...
btol x??
dari perasaan yang gundah gulana( ayt hiperbolala cikit) nk tnjukkan feel katekan..
ana dah mula lupakan dah..
bende yang dah lepas, toksah dikenang..hihihi..
so skng ana nk fokus dekat paper last ni...
pastu nk blik...
HOLIDAY!!!








jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Monday, 19 March 2012

::::enam pesanan khusus untuk wanita::::

Assalamualaikum semua..syukur kiter sebab masih dapat lihat dunia ni lagi..terime kasih YaAllah kerana masih memberi peluang kepada dri kiter semue untuk sama2 beribadah kepadaMu...
pd pg ni ana nk berkongsi tentang something yg boleh same2 kiter amalkan k..
::::jom::::


::indahnya jika diamalkan:::
insyaAllah ana bisa jd sebegini..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.



jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

::::pesanan buat dirimu dan juga diriku::::


pelbagai kelebihan dan keistimewaan setiap surah dalam Al-Quran..di sini ana ingin share ckit ape yg ana terbace dalam satu laman sosial ni..sangat berguna jika kite bersame2 amalkannya kan..ana xmahu ilmu itu sekadar tontona semata2, tapi try kiter amalkan k, tengok betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada hamba2nya...

:::surah al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan ALLAH s.w.t.
:::surah yasin dapat menghilangkan kehausan dan dahaga..
:::surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian ALLAH s.w.t      pada hari kiamat.
:::surah Al Waqiah dapat melindungi diri kita dpd ditimpa kesusahan atau fakir.
:::surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
:::surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
:::surah Al-Kafirun dapat menghalang kita dpd menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
:::surah Al-Ikhlas dapat melindungi diri kita daripada menjadi golongan munafik.
:::surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
:::surah An-Nas dapat melindungi diri kita dpd perasaan was-was.

:::seterusnya, bagi menangani syaitan durjana, dikatekan kite perlu amalkan:-
  • ketika kite bawa jer Al-Quran, reaksi syaitan ialah biase2 jer,tengok2 jer..
  • ketika kiter mula membukanya, syaitan mula rase curiga..
  • ketika kiter mula membacenyer, syitan mula resah...
  • ketika kiter mula memahami setiap ayat, syaitan kejang..
  • ketika kiter amalkan dlm kehidupan sehari2an, syaitan stroke...YES3x...
so kiter same2 amalkan k,,same2 beramal....





jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

:::untuk bakal imamku:::


jika namamu yang tertulis di lauhul mahfuz untuk diriku, , nescaya rasa cinta itu Allah tanamkan dalam dada kita 
tugasku bukan untuk mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku.. 

wahai seseorang yang tertulis di lauhul mahfuz ku, Imamk, serta ayah kepada anak-anakku.
engkau yang akan bersama-samaku dalam perjalananku. aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” 

(Hadis riwayat Al-Baihaqiy) ♥ 


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Sunday, 18 March 2012

...perkara yang mendatangkan fitnah kepada kaum lelaki...

:::Assalamualaikum, hari ni ana ader terbace tentang something yg interesting sgt3 bg ana..so, ana nk berkongsi something yg dah attract ana punyer hati...hihi..
kiter selalu dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki..banyak perkara yg boleh mendatangkan fitnah dr kaum Hawa.. ::for example lar kan,,Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi..bende ni coming from byk sudut..Betol x?? ::so today ana nk kongsi something nga anta sume k,,kiter thu bahawa fitnah wanita terhadap lelaki amt kiter ambik berat kan..sebab bende ni blh dikatekan dominan kan3x, menonjol n dah tertonjol sgt kan...tapi pernah x kiter smue perasan atau care pasal fitnah lelaki terhadap wanita..haa ni x terperasan sebab terlalu fokus sgt kan pasal fitnah wanita terhadap lelaki kan3x..hihi..biasela kan, bende yg menonjol tu lar yg kiter selalu fokus without care about bende yg HIDE kan,,, :::sebab terlalu fokus sgt kat wanita ni,,kiter forget la pasal lelaki ni kan..::: "Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!!"...ha dengar tu,xpernah terlupe taw pasal fitnah lelaki..so dengar tu kaum Adam.. macam kaum wanita jugak, lelaki suka jugak upload picture dorang dalam laman sosial kan..macam mukabuku,twitter,n xluper gak BLOG..betol x??dengan macam2 gaya plak tu..mesti ader reason kan naper upload gambar kan..ermm maybekah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak upload gambar dalam laman sosial ni... ::dah lar handsome kan,warak plak tu..sopan jer kan..so menggalakkan kaum wanita untuk mengLIKE la picture tu..bkn saje like,ader jugak yg tersangkut dek pict tadi tu..ha tu dikire fitnah lelaki terhadap wanita taw.. ::Kalau pun upload gambar tu niat nak bagi org kenal kiter sape, tak perlulah nk bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain boleh cair dengan korang..cukuplah sekadar gambar biase2 ajer..bukan aper kan, takut nanti mengundang fitnah plak kat kaum Hawa effect dari pose kaum Adam tu.. ::Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.:: Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. ::so kalau nk upload picture tu just sekadar biase2 jer k, bukan aper takut mengundang fitnah lelaki terhadap wanita..:: Nauzubillah..so kiter same2 renung2kan k..just nk share opinion cikit..xder niat nk singgung sape2... Assalamualaikum...
jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Monday, 5 March 2012

:::pujian:::

sesungguhnya kite mudah terpedaya dengan kata2 pujian org lain, especially kaum hawa..cube renung2kan la~~

Bismillah
Jangan Tertipu dengan Pujian Orang Lain
Ibnu ‘Ajibah mengatakan, “Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak saja bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Ada ulama yang mengatakan, “Barangsiapa yang begitu girang dengan pujian manusia, syaithon pun a...kan merasuk dalam hatinya”

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Abu Bakr Ash Shidiq tatkala beliau dipuji oleh orang lain. Beliau–radhiyallahu ‘anhu- pun berdo’a,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka]





                                                      

jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

:::kaHwiN AwaL:::



-ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

-ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

-ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada prancngan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci..

credit to : IbnuRijal


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi ISI/PENGHUNI NERAKA :


~ Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
~ suka mengungkit setiap hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar

~ Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

~ Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

~ Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.." 






jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

~✿>> JAGAKANLAH hati saya, ya Rabb..tunjukkan mana JALAN yang harus saya pilih..tunjukkan mana rasa yang harus saya SIMPAN dan BERI, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah TEPAT pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini.. 

Berikan SABAR dan KEKUATAN, anugerahkan SAYANG dan CINTA pada setiap hati yang menunggu..kerana saya percaya, tidak ada yang LEBIH INDAH dari rencanaMu..saya tahu, saya yakin..saya pasti, semua akan baik dan tepat pada waktunya..♥♥

p/s : Ya Allah, JANGAN pergi jauh dariku..♥ 



jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

WANITA



Lembut wanita kerana 

senyumannya 

Cekal wanita kerana keberaniannya 

Patuh wanita kerana kesetiannya 

Sabar wanita kerana imannya 

Lemah wanita kerana airmatanya 

Ikhlas wanita kerana simpatinya 

Pendam wanita kerana 

Cemburunya 

Saying wanita kerana sikap 

Keibuannya 

Tanpa wanita lelaki menjadi 

Lemah 

Kerana wanita jugalah lelaki 

Menjadi kalah..




jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Copyright© All Rights Reserved to be loved by ALLAH is everything.blogspot.com