Saturday, 24 March 2012

:::suatu yg lepas jgn dikenang:::

assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, syukur ke hadratMu yaALLAH..
ha ari ni ana nk share something nga anta sume taw.
ana xsempat nk update blog..maklumlar student ni bz ckit akhir2 ni...
ari ni ana ader paper tuk final..this is second last paper..hihihi (uik2 nk speaking london plak ana ni)
xpe2 kiter same2 improve lar ckit2....paper tadi tu erm alhamdulillah dapat jugak ana abiskan selama 3 jam ana duk lam dewan peperiksaan tu...
yaAllah permudahkanlah urusan hambaMu ini...ana hanya mampu bertawakkal dengan aper yg ana buat tadi...
sesungguhnya hanya Allah jer yg mengtahui isi hati ana...
someOne gtaw kat ana, kalau dah lepas toksah lah nk dikenang ag...
skang fokus dekat paper lain....
die ckap"yg penting kite dah usahakan,so skang kite tawakkal jer k..xmo stress2x,Allah akan sentiase bersame kiter..."
Thank you sebab anta sudi bg kate2 semangat tuk ana..
iyap betol kate anta, Allah akan sentiase bersame hambaNya yg sentiase ingat n beribadah kepadaNya..
ana akan berusaha and study betol2 kerana Allah..
...yang penting niat kiter perlu betol...
btol x??
dari perasaan yang gundah gulana( ayt hiperbolala cikit) nk tnjukkan feel katekan..
ana dah mula lupakan dah..
bende yang dah lepas, toksah dikenang..hihihi..
so skng ana nk fokus dekat paper last ni...
pastu nk blik...
HOLIDAY!!!








jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Monday, 19 March 2012

::::enam pesanan khusus untuk wanita::::

Assalamualaikum semua..syukur kiter sebab masih dapat lihat dunia ni lagi..terime kasih YaAllah kerana masih memberi peluang kepada dri kiter semue untuk sama2 beribadah kepadaMu...
pd pg ni ana nk berkongsi tentang something yg boleh same2 kiter amalkan k..
::::jom::::


::indahnya jika diamalkan:::
insyaAllah ana bisa jd sebegini..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.



jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

::::pesanan buat dirimu dan juga diriku::::


pelbagai kelebihan dan keistimewaan setiap surah dalam Al-Quran..di sini ana ingin share ckit ape yg ana terbace dalam satu laman sosial ni..sangat berguna jika kite bersame2 amalkannya kan..ana xmahu ilmu itu sekadar tontona semata2, tapi try kiter amalkan k, tengok betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada hamba2nya...

:::surah al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan ALLAH s.w.t.
:::surah yasin dapat menghilangkan kehausan dan dahaga..
:::surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian ALLAH s.w.t      pada hari kiamat.
:::surah Al Waqiah dapat melindungi diri kita dpd ditimpa kesusahan atau fakir.
:::surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
:::surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
:::surah Al-Kafirun dapat menghalang kita dpd menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
:::surah Al-Ikhlas dapat melindungi diri kita daripada menjadi golongan munafik.
:::surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
:::surah An-Nas dapat melindungi diri kita dpd perasaan was-was.

:::seterusnya, bagi menangani syaitan durjana, dikatekan kite perlu amalkan:-
  • ketika kite bawa jer Al-Quran, reaksi syaitan ialah biase2 jer,tengok2 jer..
  • ketika kiter mula membukanya, syaitan mula rase curiga..
  • ketika kiter mula membacenyer, syitan mula resah...
  • ketika kiter mula memahami setiap ayat, syaitan kejang..
  • ketika kiter amalkan dlm kehidupan sehari2an, syaitan stroke...YES3x...
so kiter same2 amalkan k,,same2 beramal....





jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

:::untuk bakal imamku:::


jika namamu yang tertulis di lauhul mahfuz untuk diriku, , nescaya rasa cinta itu Allah tanamkan dalam dada kita 
tugasku bukan untuk mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku.. 

wahai seseorang yang tertulis di lauhul mahfuz ku, Imamk, serta ayah kepada anak-anakku.
engkau yang akan bersama-samaku dalam perjalananku. aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’” 

(Hadis riwayat Al-Baihaqiy) ♥ 


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Sunday, 18 March 2012

...perkara yang mendatangkan fitnah kepada kaum lelaki...

:::Assalamualaikum, hari ni ana ader terbace tentang something yg interesting sgt3 bg ana..so, ana nk berkongsi something yg dah attract ana punyer hati...hihi..
kiter selalu dengar pasal fitnah perempuan terhadap lelaki..banyak perkara yg boleh mendatangkan fitnah dr kaum Hawa.. ::for example lar kan,,Lirik senyumnya, matanya, auratnya, potongan badannya, wangi-wangian, dan macam-macam lagi..bende ni coming from byk sudut..Betol x?? ::so today ana nk kongsi something nga anta sume k,,kiter thu bahawa fitnah wanita terhadap lelaki amt kiter ambik berat kan..sebab bende ni blh dikatekan dominan kan3x, menonjol n dah tertonjol sgt kan...tapi pernah x kiter smue perasan atau care pasal fitnah lelaki terhadap wanita..haa ni x terperasan sebab terlalu fokus sgt kan pasal fitnah wanita terhadap lelaki kan3x..hihi..biasela kan, bende yg menonjol tu lar yg kiter selalu fokus without care about bende yg HIDE kan,,, :::sebab terlalu fokus sgt kat wanita ni,,kiter forget la pasal lelaki ni kan..::: "Al-Quran dan Hadis sememangnya menekankan tentang fitnah wanita, tetapi al-Quran dan Hadis tidak melupakan pasal fitnah lelaki terhadap wanita!!"...ha dengar tu,xpernah terlupe taw pasal fitnah lelaki..so dengar tu kaum Adam.. macam kaum wanita jugak, lelaki suka jugak upload picture dorang dalam laman sosial kan..macam mukabuku,twitter,n xluper gak BLOG..betol x??dengan macam2 gaya plak tu..mesti ader reason kan naper upload gambar kan..ermm maybekah untuk menggalakkan seseorang muslimin itu menyimpan janggut, memakai serban atau kopiah? Perkara itu amatlah jarang berlaku, sebaliknya menimbulkan fitnah terhadap wanita. Ada juga golongan yang warak upload gambar dalam laman sosial ni... ::dah lar handsome kan,warak plak tu..sopan jer kan..so menggalakkan kaum wanita untuk mengLIKE la picture tu..bkn saje like,ader jugak yg tersangkut dek pict tadi tu..ha tu dikire fitnah lelaki terhadap wanita taw.. ::Kalau pun upload gambar tu niat nak bagi org kenal kiter sape, tak perlulah nk bubuh gambar yang besar-besar dan bermacam-macam pose sampai membuatkan muslimah lain boleh cair dengan korang..cukuplah sekadar gambar biase2 ajer..bukan aper kan, takut nanti mengundang fitnah plak kat kaum Hawa effect dari pose kaum Adam tu.. ::Bermacam-macam pujian diberikan. ‘Cutenyaaa, muka awak nampak alim, kacaknya, hensemnya…’ dan lain-lain.:: Jadi, jangan fikir hanya wanita sahaja boleh bawak fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh bawak fitnah kepada wanita jugak. ::so kalau nk upload picture tu just sekadar biase2 jer k, bukan aper takut mengundang fitnah lelaki terhadap wanita..:: Nauzubillah..so kiter same2 renung2kan k..just nk share opinion cikit..xder niat nk singgung sape2... Assalamualaikum...
jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Monday, 5 March 2012

:::pujian:::

sesungguhnya kite mudah terpedaya dengan kata2 pujian org lain, especially kaum hawa..cube renung2kan la~~

Bismillah
Jangan Tertipu dengan Pujian Orang Lain
Ibnu ‘Ajibah mengatakan, “Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak saja bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu. Ada ulama yang mengatakan, “Barangsiapa yang begitu girang dengan pujian manusia, syaithon pun a...kan merasuk dalam hatinya”

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Abu Bakr Ash Shidiq tatkala beliau dipuji oleh orang lain. Beliau–radhiyallahu ‘anhu- pun berdo’a,

اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ
Allahumma anta a’lamu minni bi nafsiy, wa anaa a’lamu bi nafsii minhum. Allahummaj ‘alniy khoirom mimmaa yazhunnuun, wagh-firliy maa laa ya’lamuun, wa laa tu-akhidzniy bimaa yaquuluun.
[Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka]





                                                      

jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

:::kaHwiN AwaL:::



-ada ibu bapa pernah mengadu, susah hati sebab anak mereka nak kahwin awal.. jawab IbnuRijal, sepatutnya pakcik n makcik susah hati kalau anak pakcik makcik tak nak kahwin..

-ada pula yang mengadu, tunggulah habis belajar dahulu... jawab IbnuRijal, sampai bila nak habis belajar? proses menuntut ilmu takkan habis sampailah ke liang lahad., habis tu, takkan lepas masuk liang lahad baru nak nikah?

-ada pula yang mengadu, nanti kalau dapat baby, susah.. jawab IbnuRijal.. habis tu kalau dapat baby luar nikah senang ke? lagipun, adakah nikah itu satu jaminan confirm dapat baby? itu semua kerja ALLAH.. lagipun pasangan2 muda ini sudah tentu ada prancngan mereka.. kita yakin, tujuan pernikahan muda adalah untuk menghalalkan urusan keluar belajar bersama2.. membeli belah, bepegangan tangan ke shopping complex, seperti remaja lain juga.. itu saja.. namun, kalaulah dapat baby pun, itu tidak salah, ia halal lagi suci..

credit to : IbnuRijal


jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

4 JENIS PEREMPUAN yang akan menjadi ISI/PENGHUNI NERAKA :


~ Perempuan yang JAHAT MULUTNYA atas suaminya..
~ suka jatuhkan maruah suaminya
~ suka kutuk suami berterusan
~ suka mengungkit setiap hari
~ apabila suami berada di rumah, disakiti hati suami dengan kata-kata yang kasar

~ Perempuan yang buat suaminya TIDAK MAMPU/meminta sesuatu dari suaminya yang tidak mampu dibuat/dibeli oleh suaminya..
~ paksa suami ikut cakap isteri
~ guna ilmu hitam
~ mintak sesuatu yang diluar kemampuan suami

~ Perempuan yang TIDAK MAHU MENUTUP AURATNYA daripada lelaki (bukan mahram)..
~ isteri yang berhias diri ketika keluar rumah
~ isteri yang tidak mahu menutup aurat

~ Perempuan yang CITA-CITANYA TIDAK ADA (hidup untuk makan dan berseronok)..
~ tidak mahu menunaikan solat
~ tidak mahu membaca quran
~ tidak mahu berpuasa
~ hanya mahu bersenang-lenang
~ hidup untuk makan, minum, tidur dan berseronok sahaja

"Kebanyakkan WANITA itu adalah ISI NERAKA dan KAYU API.." 






jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

~✿>> JAGAKANLAH hati saya, ya Rabb..tunjukkan mana JALAN yang harus saya pilih..tunjukkan mana rasa yang harus saya SIMPAN dan BERI, untuk siapa, dan bila semuanya harus terungkap..agar nanti, bila sudah TEPAT pada waktunya..tidak ada salah dan sesal yang tertinggal di hati ini.. 

Berikan SABAR dan KEKUATAN, anugerahkan SAYANG dan CINTA pada setiap hati yang menunggu..kerana saya percaya, tidak ada yang LEBIH INDAH dari rencanaMu..saya tahu, saya yakin..saya pasti, semua akan baik dan tepat pada waktunya..♥♥

p/s : Ya Allah, JANGAN pergi jauh dariku..♥ 



jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

WANITA



Lembut wanita kerana 

senyumannya 

Cekal wanita kerana keberaniannya 

Patuh wanita kerana kesetiannya 

Sabar wanita kerana imannya 

Lemah wanita kerana airmatanya 

Ikhlas wanita kerana simpatinya 

Pendam wanita kerana 

Cemburunya 

Saying wanita kerana sikap 

Keibuannya 

Tanpa wanita lelaki menjadi 

Lemah 

Kerana wanita jugalah lelaki 

Menjadi kalah..




jadikan ukhwah seindah pelangi, sesegar daun-daun menghijau, sucikan hati seputih salju

Copyright© All Rights Reserved to be loved by ALLAH is everything.blogspot.com